Wednesday, January 24, 2018

2017

Nota untuk Shahila yang dulu dan sekarang:
Aku gerak seinci ke depan,
Aku gerak dua inci ke belakang.
Aku lari ke depan,
Aku kembali ke paling belakang (Shahila, 2016-2017)

Perit lelah 2017, tak terbayang jiwa.
Macam mana sang diri 'berjaya'.
Perlahan demi perlahan cahaya datang 2017.
Dewasa yang bekerja.
Dewasa yang belajar.
Syukur, jalan terbuka tak disangka.
Masih samar, masih terjatuh tapi kerap kembali Bangun. (Shahila, 2018)

Perginya 2017, meninggalkan harapan.
Masuknya 2018, semakin teguh kaki berjalan.
Lihat yang dulu kau jatuh, sekarang tak heran. (Shahila, 2018)

Rebah penat
Peluk tubuh.
Kau kuat Shahila.
Sikit lagi ya, aku pujuk diri aku, setiap hari, setiap kali. (Shahila, 2017)
:
:
Semoga semua akan baik baik sahaja.
Pen has been lifted, ink has dried.


Untuk Shahila di masa hadapan: 2018-2019(?)
Semoga awak akan jumpa jalan dan gembira.
Kalau awak masih sedih;
Awak kuat untuk lap air mata. Pandang belakang, awak kan Kuat.
You will be fine, We will be fine, sayangshahila.
Just a little bit more. Kita yang 'sekarang' akan bertahan'.
Supaya di masa depan,
Shahila dan Shahila yang kuat akan berjumpa.
Satu hari nanti, semua sabar akan bertukar lega.
For now, I will persevere.
So you too, Shahila masa hadapan, berbahagialah. (Shahila, 2016-2018)



((Satu entry daripada blog yang ditulis setiap akhir tahun hehe. Dulu berpuitis teruk but it is one entry that I like, every year to repeat for myself in the future))

No comments: